Mukim Hulu Cheka dengan jumlah penduduk berbilang kaum seramai 9250 orang (2025) terdiri daripada 8 kampung tradisional Melayu
Kg Bharu
Kg Som
Kg Damak
Kg Koi
Kg Ulu Cheka
Kg Perlok
Kg Batu Balai
Kg Sempadan
Terdapat dua kampung baharu Cina di Kg Damak dan Kg Batu Balai. Manakala ada dua kampung orang asli di Kg Sg Kol dan Kg Sg Berjuang.
Terdapat juga sebilangan penduduk berbangsa India yang menjadikan Mukim Hulu Cheka sebagai wajah Truly Asia. Dianugerahkan kelebihan alam semulajadi Lembah Benom yang kaya dan langka, kearifan tempatan legasi Pawang Nong, dusun dusun buah buahan yang menghasilkan durian warisan terbaik negara, awan permaidani di puncak bukit dengan pemandangan 360° dan kemekaran bunga Rafflesia yang hidup terjaga di laluan air terjun dan lata menjadikan Mukim Hulu Cheka sebagai titik tumpuan pelancongan lengkap (merangkumi eko, agro & warisan) yang sedang berkembang pesat di negeri Pahang.
Melihat potensi Lembah Benom, usaha penubuhan homestay telah dimulakan secara kolektif. Pada penghujung 2024, Persatuan Homestay Hulu Cheka (PHHC) telah telah menerima lesen pendaftaran yang bernaung di bawah MOTAC.
Dengan jumlah peserta seramai 13 orang, PHHC dalam usia setahun jagung berkolaborasi dengan badan badan komuniti setempat di atas kolektif Inisiatif Inderacheka telah melaksanakan program Residensi Artis Internasional (RAI 2025) menempatkan artis seni kontemporari dari 12 negara di premis kediaman PHHC dan sekitarnya.Program residensi internasional berasaskan komuniti yang diadakan julung kali di kawasan luar bandar dengan skala sebegini dilaksanakan pada 19 Jun hingga 6 Julai 2025 dengan sokongan Tourism Pahang.
Inisiatif ini merupakan prelude kepada VMY 2026.
Visi Inisiatif Inderacheka menjadikan ianya program seni kontemporari bertaraf antarabangsa secara tahunan seterusnya meletakkan Lembah Benom di dalam jejak seni kontemporari global.